Ads 468x60px

Friday 30 September 2011

Pergi Senang, Balik Sesat!

Hari ini hari khamis bertarikh 29 September 2011. Aku mendapat maklumat mengenai ada majlis ilmu di Surau Taman Melewar. Majlis ilmu ini bermula pada jam 9.30 malam. Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khairil Anwar. Menggunakan kitab al-Muwatto' Imam Malik. Kuliah tadi membincangkan mengenai bab menyempurnakan saf solat berjamaah, cara-cara merapatkan saf dan amaran tidak merapatkan saf solat berjamaah.

Aku antara jejaka terakhir di alam melayu ini yang tahu tentang kuliah ini. Berbekalkan motor kriss 100 aku, aku redah ke sana daripada rumah aku iaitu di Kampung Baru ke Taman Melewar. Jarang sebenarnya aku ikuti kuliah di Taman Melewar. Sebagai buktinya, jalannya pun aku tak berapa nak reti. Main agaknya dan berpandukan sedikit daripada google maps yang aku tengok sebelum pergi.

Wednesday 28 September 2011

Bertemu Sahabat Lama & Kuliah Dr Mohd Asri

Assalamu'alaikum wbt.

Pada hari sabtu bersamaan dengan 24 September 2011, aku bertemu sahabat lama aku iaitu Hassan. Beliau merupakan sahabat karib aku sejak di zaman sekolah menengah lagi hinggalah sekarang. Agak lama juga dia bertemu dan kali berakhir kami bertemu adalah pada awal bulan Jun 2011. Aku bertemu dengan Hassan pada ketika itu adalah majlis walimatul 'urs Hassan di Jenderak Utara, Kuala Krau, Pahang.

Sesungguhnya takdir Allah tidak siapa duga. Banyak kali rancangan untuk menemuinya tetapi tidak berjaya atas sebab Hassan mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan. Suatu hari, aku menghubungi Hassan untuk mengajaknya ke kuliah bulanan Riyadus Solihin oleh Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Hassan kali ini menyambut ajakan aku kali ini dengan dia boleh hadir bersama. Aku bergembira tak terkata. Bukan senang kami nak bertemu. Amat sukar lebih-lebih lagi Hassan yang kini menggalas tanggungjawab yang berat kerana telah menjadi suami orang dan nanti akan menjadi ayah kerana diberitakan bahawa isterinya telah hamil.