Ads 468x60px

Wednesday, 15 June 2011

Negeri Pahang Negeri Nostalgia!

Pada 11 Jun 2011, merupakan tarikh walimah sahabat karibku, Hassan di Jenderak Utara, Pahang. Aku sejak 2 tahun lepas boleh dikatakan setiap tahun aku turun ke Pahang. Tetapi, perjalanan aku ke Pahang kali ini lebih kepada mengimbau nostalgia lama. Aku menjejakkan kaki aku ke Pahang pada pertama kali adalah pada tahun 2001. Rupanya sudah 10 tahun rasanya. Ya, rasa seperti sekejap sahaja masa berlalu dengan begitu pantas tanpa menyedari bahawa lama juga jarak masa pada pertama kali aku jejak dan dibandingkan dengan waktu sekarang ini.

Sahabat aku Hassan merupakan sahabat baik aku di zaman sekolah menengah. Dan sekarang beliau telah selamat melangsungkan perkahwinannya. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Sejak perkenalan aku dengannya 10 tahun yang lalu sehingga kini, hubungan kami masih rapat walaupun sibuk dengan hala tuju masing-masing.

Aku akan berada di Pahang selama dua hari. Perjalanan aku dari Kuala Lumpur ke Pahang mengambil masa 2 jam jarak perjalanan. Dengan purata kelajuan 100km/j atau paling laju adalah 140 km/j aku berjaya sampai ke Pahang sebelum lewat tengahari.  Aku singgah di rumah Cikgu Syikin iaitu guru aku semasa aku sekolah di Pahang. Perjalanan ke Jenderak Utara bersama rakan-rakan lain turut mengimbau nostalgia lama. Apabila hadir di Jenderak Utara iaitu rumah Hassan, aku sangat terharu kerana sahabat aku yang menjadi rakan seperjuangan telah berkahwin. Siapa tak terharu jika teman baik sendiri kahwin. Tapi aku menunggu waktu yang tepat untuk berkahwin. Belum tiba masanya.

Menu makanan di rumah Hassan boleh tahan juga. Yang menarik minat aku adalah sup gearbox dan aiskrim! Selepas selesai makan. Aku bersama rakan-rakan menemui beliau dan isteri. Sempat juga bertegur sapa dan borak-borak sedikit. Selesai urusan, aku singgah ke Kuala Krau untuk urusan solat. Terkenang kenangan lama pernah dikejar anjing sewaktu hendak ke Masjid An-Nur Kuala Krau. Aku berlari sekuat tenaga sehingga sampai ke masjid melarikan diri daripada terkaman anjing itu. Sungguh kelakar kenangkan kisah itu.

Kuala Krau banyak nostalgia tersendiri kerana aku dahulu bersekolah di Sekolah Menengah Agama Darun Naim Kuala Krau. Di daerah ini terdapat pelbagai nostalgia. Antaranya:

1) Solat jumaat di masjid yang mempunyai memori silam kerana sering apabila selesai solat mesti selipar hilang. Dan ada tabiat pelik sedikit aku ni..Di tempat mengambil wuduk sering nampak kotor, lalu aku cucinya...

2) Aku sering sakit. Maka, aku selalu pergi Poliklinik Kuala Krau. Pertama kali aku pergi ke sana tunggu giliran sampai tertidur! Klinik ini jugalah yang menjadi kegemaran aku dan rakan-rakan untuk minta cuti balik kampung..ha ha ha

3) Kalau sabtu ahad, siap la mesti akan keluar makan kat kedai makan di sekitar Kuala Krau. Kadang-kadang siap pergi Temerloh nak beli barang bundle

4) Jogging sampai tepi jeti sungai Pahang

5) Ada satu kali air kat sekolah takde. Lepas tu, warden suruh semua pelajar pergi ke sungai pahang mandi kat situ! Ha..itu kenangan terindah!

Temerloh juga tidak kurang hebatnya meninggalkan kenangan nostalgia padaku. Inilah tempat aku pergi balik ke Kuala Lumpur dan sekolah aku. Kedai-kedai buku tak singgah memang tak sah. Berjalan sekitar Temerloh tu juga memang indah dan menarik. Inilah antara kenangan yang sukar luput di ingatanku.

Paling tak boleh dilupakan adalah kenangan di sekolah sendiri la. Aku dan Hassan sering bersama ketika bermain bolasepak kat padang sekolah. Masa ni aku betul-betul rapat dengannya. Masa makan pun ada juga la. Zaman aku sekolah dulu memang kalau takde kes ragging memang tak sah la. Aku dulu pernah gak kena tapi tu kisah dulu. Tapi, sekarang dah kurang atau takde dah kot. Zaman sekolah aku pernah pegang jawatan Pengawas Perpustakaan. Itulah kenangan terindah kot.

Sepanjang tinggal di Pahang boleh aku katakan orang Pahang ni peramah. Bahasanya pun santai dan mudah. Gadis-gadisnya pun lawa-lawa. Kalau tak terpikat memang susah kot. Tapi, itulah negeri Pahang. Sebuah negeri yang memberi aku banyak pengajaran dalam meneruskan kehidupan sehingga hari ini. Semoga aku tidak lupa pada sejarah dahulu kerana sejarah membimbing kita sampai ke hari ini apa yang kita jadi sekarang.

Gambar-Gambar Sepanjang Aku di Pahang


Antara rakan-rakan aku yang hadir. Dari kiri: Syukri, Lokman, Ayub, Fitri, Ikmal


Bergambar bersama sahabat perjuangan dan isterinya


Gambar rakan-rakan SMADNians bersama Hassan dan isteri.


Wallahu'alam

Ikmal Johari
Kampung Baru, Kuala Lumpur
15 Jun 2011/13 Rejab 1432H

2 comments:

Ad-Dien said...

muka pengantin lelaki macam familiar... :D

Ikmal Johari said...

Yeke?

Post a Comment