Ads 468x60px

Wednesday 27 July 2011

Bahaya Fitnah Akhir Zaman

Akhir zaman ini macam-macam perkara fitnah boleh berlaku. Ini seiring dengan sebuah atsar yang disandarkan kepada Ibn Mas'ud iaitu seorang sahabat Nabi saw yang bertubuh amat kecil berbanding sahabat-sahabat lain tetapi tubuh kecil inilah yang menjadi penghuni syurga kelak. Malah tubuh kecil ini lebih hebat dibandingkan orang-orang kaya yang berhati takabbur.

Kata Ibn Mas'ud di dalam atsar tersebut, iaitu:

Ibn Mas'ud berkata: “Bagaimana kamu nanti, apabila fitnah menjadi pakaianmu (kamu akan diselubungi fitnah), semakin tua orang yang tua dalan keadaan itu, dan semakin membesar anak-anak kecil dalam keadaan itu pula. Jika sesuatu daripada fitnah itu hendak ditinggalkan, mereka akan berkata: "sunnah telah ditinggalkan!". (Sunan al-Darimi: no. 188)


- Gambar Hiasan -

Secara mudahnya, zaman ini masyarakat sudah terlalu lali dengan fitnah sehinggakan ianya telah dijadikan lumrah kehidupan. Oleh sebab itu, atsar di atas menyebut "fitnah menjadi pakaianmu". Daripada sebuah masyarakat yang sepatutnya mengamalkan sunnah di dalam kehidupan kepada mengamalkan bid'ah di dalam kehidupan. Ini disebabkan oleh kejahilan masyarakat yang menjadikan fitnah itu sebagai pakaian mereka yang mana sudah menjadi kebiasaan.

Boleh jadi ianya merupakan kesilapan daripada para ilmuan juga yang mungkin tidak menjalankan amanah yang baik dalam memperbetulkan masyarakat. Kejahilan masyarakat harus dibendung dengan menerapkan ilmu kepada masyarakat tentang apa itu sunnah dan mengapa diharamkan perbuatan fitnah bukannya menjaja di sana sini dengan isu-isu tahzir ulama' itu dan ini.

Semoga tulisan yang ringkas ini dapat mengubah persepsi masyarakat yang sering menjadikan fitnah itu sebagai pakaian harian masyarakat kita pada hari ini.

Wallahu'alam.


Ikmal Johari
Kuala Lumpur
27 Julai 2011/25 Syaaban 1432H

0 comments:

Post a Comment