Ads 468x60px

Saturday 7 January 2012

Pekerjaan Baru Pada 2012

السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Pada 2010 hingga 2011, aku bekerja di sebuah syarikat CCTV yang terkenal di Malaysia iaitu GTC Global Sdn Bhd. Ia merupakan puncak dalam melihat ke arah mana boleh aku menyumbang tenaga, usaha, kemahiran dan kepakaran di dalam bidang IT setelah menempuh pengajian dalam bidang IT ini dalam peringkat selama hampir tiga tahun dan ditambah pula dengan enam bulan kursus IT bersama MDEC.

Pelbagai pengalaman, kemahiran dan kepakaran yang aku dapati selama bekerja di syarikat ini. Namun, pada Ogos 2011, aku menamatkan karier aku di syarikat ini atas sebab aku tidak dapat bekerjasama dengan mereka. Ia disebabkan oleh tekanan oleh majikan yang menyuruh bekerja dengan lebihan masa tanpa dibayar, bekerja pada hari cuti, minta kerja disiapkan pada waktu yang ditetapkan tetapi peralatan tidak cukup dan 'overtime' dipotong.



Akibat tekanan yang melampau, akhirnya aku memutuskan untuk meletakkan jawatan serta-merta di samping menunggu jawapan panggilan UPU untuk kemasukan baru Ijazah Sarjana Muda. Tetapi, hasrat untuk menyambung pengajian berakhir dengan kekecewaan kerana tidak diterima.

Selepas Syawal aku berusaha mencari pekerjaan lain untuk aku menyumbang kepakaran, kemahiran serta pengalaman yang aku ada dalam industri IT ini. Namun, masih tidak berjaya. Ada difikirkan juga untuk membina perniagaan sendiri tetapi tidak dapat dilakukan kerana pengalaman tidak mencukupi. Aku ada juga menerima temuduga di beberapa syarikat tetapi tidak berjaya. Mungkin mereka lebih memerlukan yang mempunyai pengalaman yang lebih berbanding aku yang hanya setahun setengah.

Sehinggalah pada penghujung Disember 2011, aku menerima temuduga di Syarikat Pembenaan YTL. Mereka menawarkan jawatan 'IT Engineer'. Fokus pekerjaan ini adalah membantu dalam urusan teknikal dalam ISP di sekolah seluruh semenanjung daripada sekarang Streamyx Broadband kepada YES 4G.


Setelah seminggu berlalu, aku pada mulanya risau sama ada berjaya atau tidak. Namun, aku tetap tabah dan yakin terhadap segala keputusan yang bakal dihadapi. Aku memohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan. Dan dengan takdir Allah, pada pagi sabtu aku menerima panggilan tentang jawatan ini dan mereka menerima aku sebagai pekerjanya. Tika itu, aku antara orang sangat bersyukur kerana berjaya menamatkan tempoh 'tanam anggur' aku yang selama empat bulan itu. Moga-moga apabila aku mulai bekerja di syarikat ini, dapat memberikan aku kekuatan dalam menambah kemahiran, kepakaran dan pengalaman dalam industri IT untuk menjadi pakar di dalam industri IT ini.

Sesungguhnya, semua ini datang dengan takdir-Nya. Jika tidak kerana-Nya, siapa lagi yang harus kita harapkan atau serahkan. Oleh itu kita digalakkan untuk membaca doa seperti yang tertera di bawah ini dengan kefahaman serta keyakinan bahawa segala urusan yang kita hendakkan ia berjaya, semuanya terletak kepada kekuasaan-Nya. Dan kita tidak akan mampu walau sekalipun.

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسِْتَغِيثُ، أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِ إِلَى نَفْسِِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Ikmal Johari
Kuala Lumpur
7 Januari 2012/13 Safar 1433H

3 comments:

Abu_Zubair said...

terbaekkk bro...
slmt bertugas!!

Ikmal said...

Jazakallahu khairan.

Addien said...

Selamat Bertugas dengan baik ye..moga cepat sembuh juga :)

Post a Comment