Ads 468x60px

Friday 30 September 2011

Pergi Senang, Balik Sesat!

Hari ini hari khamis bertarikh 29 September 2011. Aku mendapat maklumat mengenai ada majlis ilmu di Surau Taman Melewar. Majlis ilmu ini bermula pada jam 9.30 malam. Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khairil Anwar. Menggunakan kitab al-Muwatto' Imam Malik. Kuliah tadi membincangkan mengenai bab menyempurnakan saf solat berjamaah, cara-cara merapatkan saf dan amaran tidak merapatkan saf solat berjamaah.

Aku antara jejaka terakhir di alam melayu ini yang tahu tentang kuliah ini. Berbekalkan motor kriss 100 aku, aku redah ke sana daripada rumah aku iaitu di Kampung Baru ke Taman Melewar. Jarang sebenarnya aku ikuti kuliah di Taman Melewar. Sebagai buktinya, jalannya pun aku tak berapa nak reti. Main agaknya dan berpandukan sedikit daripada google maps yang aku tengok sebelum pergi.

Hasil daripada kajian dan ikut fatwa naluri aku, akhirnya aku berjaya sampai dengan mudah ke destinasi majlis ilmu tersebut. Selesai sahaja kuliah dalam sekitar 10.35 malam, aku pun beredar dan berhasrat hendak makan di warung yang berdekatan. Sebabnya duduk dalam kuliah tadi, perut lapar aje. Haha. Lepas aje dah habis makan, aku pun geraklah nak balik. Kira masa tu mungkin dalam sekitar hampir pukul 11 kot. Main agak je.


- Gambar Hiasan -

Sekali tu bila nak balik, habis tak jumpa jalan tembus keluar ke jalan besar. Aiyyoo. Pening aku dibuatnya. Aku pusing-pusing satu Taman Melewar duk cari jalan tembus. Dah masuk ke Taman Koperasi tak nampak pun jalan yang menuju ke Batu Caves. Pusing sana sini alih-alih temu balik jalan yang tadi. Aduh! Masa tu aku dah pening kepala gila gaban la. Gaban pun dah surrender kalau macam ni. Masa tu aku tengok jam dah pukul 11.30 malam. Habislah, aku fikir tadi sampai nak tidur atas motor pun ada pasal cari jalan keluar tak jumpa-jumpa.

Lepas tu, aku pusing sekali lagi dekat dengan lorong depan kawasan yang berdekatan dengan Surau Taman Melewar, nampaklah bas RapidKL keluar daripada satu lorong yang arah bertentangan yang dekat depan sikit. Alhamdulillah, mungkin itu jalannya. Sekali tu aku masuklah jalan tu. Rupanya yang ini adalah Taman Greenwood. Ooo..Kalau lalu sini memang sah akan jumpa terus ke jalan besar menuju ke KL. Jadi, sekarang ni, aku jalan la terus dan belok mana-mana.

Akhirnya, aku berjaya menemui jalan besar Taman Greenwood yang ada lampu isyarat. Aku ambil jalan ke kanan dan terus hingga ke lampu isyarat. Lepas tu belok ke kanan dan terus sampailah ke KL. Lepas tu, sampai rumah dalam sekitar 12.00 malam. Pergh, bukan main lama aku pusing ke sana ke mari. Padahal senang je. Aku memang sah tak reti kawasan Taman Melewar ni. Masuk sikit terus sesat. Aih, payoh benar lah.

Oleh sebab itulah tulisan aku yang baru ini bertajuk "Pergi Senang, Balik Sesat!" pasal aku tak belum reti lagi jalan kawasan Taman Melewar ni. Haha.


Ikmal Johari
Kampung Baru, Kuala Lumpur
30 September 2011/2 Zulkaedah 1432H

3 comments:

hakim_hulaimi said...

pasni kene kahwin la... merempit dgn isteri gi kuliah... klu sesat pon ada yg temankan... hehehe..

Ikmal said...

Ehem, amboi..tulis tak ingat. Agaklah. Haha
Tempat tak biasa syeikh, macam tula. Sampai tak jumpa jalan nak tembus.

Kohkohkoh

Unknown said...

Taman melewar adalah kampung ana ya akhi. Kalau sesat lain kali kol je ana. Hehehe.

Post a Comment