Ads 468x60px

Sunday 11 March 2012

Kembara Di Ipoh

السلام عليكم ورحمة الله وبركة



Dua minggu aku berada di Perak tetapi lebih kerap di Ipoh kerana aku menginap di Ipoh. Di tempat lain aku pergi adalah seperti di Gopeng dan Chemor. Aku berasa bertuah kerana dapat duduk di Ipoh dalam tempoh dua minggu. Satu tempat yang menarik perhatian aku kerana tenang dari segala hiruk pikuk seperti di Kuala Lumpur. Cuma sayangnya aku berada di Ipoh tiada kenderaan. Andai ada, pasti aku boleh pusing kawasan sekitar Ipoh terutamanya mencari lubuk makan paling sedap.

Jika aku keluar di waktu pagi di antara pukul 8.00-9.00 pagi, tidak kelihatan sibuk seperti mana di Kuala Lumpur. Boleh dikatakan memang tenang dan jalan lancar serta tiada masalah. Aku menginap di Ipoh di kawasan sekitar Medan Ipoh. Tinggal di hotel berdekatan. Kawasan yang strategik dengan gerai makan, Petronas dan pusat membeli belah. Jadi, kalau ada urusan apa-apa semua ada dan tiada masalah.

Aku berada di Ipoh atas sebab urusan kerja. Kerjanya adalah memasang Internet di sekolah seluruh Perak bagi menggantikan perkhidmatan TM kepada YES. Kalau masuk bab kerja memang stress, pening kepala dan tension. Tapi, bila berada di Ipoh terasa menenangkan. Tak tau nak cakap macam mana. Kepada Allah jualah aku memohon dipermudahkan urusan ini.

Tapi, ada lagi yang menarik di Ipoh. Satu makanan ni namanya Nasi Kuali. Tapi sedap sangat sampai terasa macam nak tambah lagi tapi sebab nasi yang dihidang banyak sangat maka, tak boleh lah nak tambah lagi. Lokasi tempat aku makan ni di Benteng, Taman Cempaka. Kawasan yang berdekatan dengan Politeknik Ungku Omar.

Dan satu lagi tempat yang menarik kawan aku bawa adalah restoran dekat dengan Stadium Perak. Nama makanan ni adalah Nasi Berlauk tapi murah sangat dan berbaloi-baloi. Harganya hanya RM2 Hidangannya nasi kemudian ayam ketul-ketul yang dihidangkan banyak.

Antara kenangan yang sukar untuk dilupakan adalah ketika menemui rakan-rakan AFN chapter Perak. Bertemu di sebuah restoran arab yang baru dibuka iaitu Malika Saba berdekatan dengan Majlis Bandaraya Ipoh. Kesemua mereka memang orang Ipoh. Jadi, malam hari sabtu kami bertemu dan macam-macam perkara yang dibincangkan atas dasar hendak menjalinkan hubungan silaturrahim.




Ikmal Johari
Ipoh
11 Mac 2012/17 Rabiulakhir 1433H

0 comments:

Post a Comment