Ads 468x60px

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Monday, 12 November 2012

Majlis Ilmu Ustaz Halim Hasan

Alhamdulillah. Hari ini telah ditakdirkan oleh Allah swt untuk menghadirkan diri ke majlis 'ilmu oleh Ustaz Halim Hasan di Yayasan Ta'lim. Membincangkan tajuk mengenai "Kewajipan Bekerja Untuk Islam."

Antara mutiara ilmu yang dapat dikutip ialah tentang nikmatnya kebergantungan hamba kepada Allah melebihi segalanya bila melibatkan soal rezeki dan hubungkaitnya dengan iman.

Beliau memetik sebuah ayat yang cukup mengesan pada jiwa iaitu dalam surah al-Qasas ayat 77:
َ
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".


Wednesday, 17 October 2012

Motivasi Buat Para Pencari Nafkah

السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Hidup ini banyak mehnah dan cabarannya. Andai kita tidak dapat sabar dan teguh, kita adalah di kalangan orang-orang yang lemah. Wahai orang-orang yang beriman, jangan engkau lemah dan mudah putus asa di jalan Allah, bangkitlah dan berjuang demi agama yang tercinta biarpun untuk mata pencarian sesuap nasi demi keluarga yang disayangi.

Buat para pejuang khususnya yang mencari nafkah demi diri dan keluarga untuk mendapat pahala dan keredhaan Allah s.w.t., ambillah motivasi video di bawah ini sebagai semangat untuk kita terus berjuang demi mendapatkan rezeki yang halal, rezeki yang diberkati oleh Allah tanpa ada sebarang unsur syubhah dan terhindar daripada perkara yang menyebabkan ia menjadi haram.



Ikmal Johari
Kuala Lumpur
17 Oktober 2012/1 Zulhijjah 1433H

Thursday, 31 March 2011

Rakan Sebagai 'Teman Ajaib'

السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Jalinan ukhuwah persahabatan umpama aur dengan tebing. Persahabatan merupakan kunci perpaduan umat Islam. Erti persahabatan sebenarnya harus didasari daripada segi iman dan bukan dari segi material. Di dalam mengecapi kehebatan dalam persahabatan, harus mengenepikan soal perbezaan pendapat di kalangan sahabat demi mendapatkan ukhuwah silaturrahim sesama insan. Sesungguhnya, kehebatan di dalam persahabatan ianya dapat dilihat apabila sahabat ini membantu di dalam mehnah ujian dan juga musibah yang melanda sahabatnya. Inilah yang dikatakan rakan sebagai 'teman ajaib'.

Peranan 'teman ajaib' sangat luar biasa. Kita boleh lihat peranannya dalam soal memberi nasihat ketika kita berada di dalam kesenangan dan juga memberi bantuan kepada kita apabila dilanda kesusahan. Tetapi, untuk mencari 'teman ajaib' yang benar sangatlah sukar. Khususnya, ketika kita ditimpa musibah, kebanyakan rakan yang kita kenali biasanya akan berpecah kepada dua golongan.

Golongan Pertama: Mereka akan meninggalkan kita kerana mereka berkawan dengan kita ketika kita senang sahaja.

Golongan Kedua: Mereka mendekati kita pada keadaan senang dan susah. Tetapi, kebiasaan yang mendekati itu sering kali memberi kata-kata nasihat dalam mendepani ujian daripada memberi bantuan dan pertolongan.

Sebenarnya, dalam konsep ukhuwah kita bukan sahaja harus memberi kata-kata perangsang kepada rakan kita agar terus kuat menempuh hidup tetapi kita perlu memberikan lebih daripada itu. Berikanlah juga bantuan dan pertolongan melalui kudrat kita kepada rakan kita. Kata-kata perangsang memang memberi kesan yang positif dalam kehidupan rakan kita untuk kuat dalam kehidupan tetapi untuk lebih kuat, rakan kita juga memerlukan bantuan dan pertolongan kita yang bukan sekadar ucapan semata.