السلام عليكم ورحمة الله وبركة
Dua minggu aku berada di Perak tetapi lebih kerap di Ipoh kerana aku menginap di Ipoh. Di tempat lain aku pergi adalah seperti di Gopeng dan Chemor. Aku berasa bertuah kerana dapat duduk di Ipoh dalam tempoh dua minggu. Satu tempat yang menarik perhatian aku kerana tenang dari segala hiruk pikuk seperti di Kuala Lumpur. Cuma sayangnya aku berada di Ipoh tiada kenderaan. Andai ada, pasti aku boleh pusing kawasan sekitar Ipoh terutamanya mencari lubuk makan paling sedap.
Jika aku keluar di waktu pagi di antara pukul 8.00-9.00 pagi, tidak kelihatan sibuk seperti mana di Kuala Lumpur. Boleh dikatakan memang tenang dan jalan lancar serta tiada masalah. Aku menginap di Ipoh di kawasan sekitar Medan Ipoh. Tinggal di hotel berdekatan. Kawasan yang strategik dengan gerai makan, Petronas dan pusat membeli belah. Jadi, kalau ada urusan apa-apa semua ada dan tiada masalah.