Ads 468x60px

Tuesday 15 November 2011

Impianku Tetap Teguh


Impianku Tetap Teguh
(Karya: Ikmal Johari)

Impianku,
Tinggi seperti gunung
Impian yang dirancang
Takkan berganjak walau sedikit
Tetap teguh

Impianku,
Mendambakan kembara dakwah merentasi sempadan
Bukan hanya di sekitar masjid dan pusat pengajian
Pentas masyarakat terbuka luas
Untuk dakwah dikembangkan
Agar dakwah Islam sampai ke seluruh umat

Impianku,
Dakwah jangan hanya kepada orang Islam
Kerana dakwah itu untuk seluruh umat
Harungilah kembara dakwah ini hingga ke masyarakat bukan Islam
Kerana Islam ini untuk seluruh umat

Impianku,
Mengajak kepada Islam sangatlah getir ujiannya
Ada yang ditohmah, ada yang dicaci dan ada pula hingga diusir keluar negeri
Orang yang mengajak kepada kebenaran mesti berani kerana benar
Kesabaran dan ketaqwaan
Thabat dan istiqamah
Kunci utama dalam menempuh ujian dakwah

Impianku,
Apabila tujuan berdakwah itu mengajak kepada kebenaran
Janganlah berdakwah kerana kumpulan
Tidak ada keterikatan di dalam dakwah
Kita berdakwah kerana kebenaran
Bukannya kerana kumpulan
Anehnya melihat situasi ini dalam berdakwah
Kerana menegakkan syiar kumpulan masing-masing

Impianku,
Cita-citaku sangatlah tinggi
Mengidamkan elemen dakwah berfungsi di dalam institusi kekeluargaan
Apabila dakwah bermula daripada keluarga
Terbinalah sebuah keluarga yang mencintai agama
Apabila ada yang menceburi bidang profesional dan agama
Mudahlah Islam tersebarlah luas ke pelusuk dunia

Impianku,
Kadangkala di dalam dakwah
Terdapat kerangka dakwah yang terlalu jumud
Sehingga semua orang perlu masuk aliran agama
Konsep dakwah itu sangat luas
Andai tiada yang berdakwah dalam bidang profesional
Siapa yang mahu dipertanggungjawabkan?
Kini ia menjadi fardu ain bagi umat Islam

Impianku,
Kembara dakwah bukan hanya pada satu tempat
Tetapi ia merangkumi pelbagai latar, tempat dan masyarakat
Luaskanlah kembara dakwahmu wahai orang mukmin
Kita sama-sama bangunkan Islam
Dengan dakwah merentasi sempadan
Itulah impianku


Ikmal Johari
Kuala Lumpur, 15 November 2011

0 comments:

Post a Comment