Ads 468x60px

Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Tuesday, 13 March 2012

Gen Y Bujang Semakin Pupus

السلام عليكم ورحمة الله وبركة


Gen Y ini adalah mereka yang lahir di antara tahun 80-an hingga lewat 90-an. Kehidupan yang alami di era itu sangat berbeza dengan zaman sekarang. Pada ketika itu, teknologi belum memuncak seperti sekarang. Kini, kebanyakan mereka yang berada di dalam Gen Y bukan lagi bermain di tepi-tepi jalan bahkan mereka sekarang kebanyakannya adalah golongan profesional. Yang lebih menarik, sudah pun bergelar suami dan juga ada yang sudah bergelar seorang bapa.

Oleh kerana zaman berlalu begitu pantas, kita dapati Gen Y semakin ramai yang meninggalkan zaman bujang mereka. Aku di antara manusia yang hidup di dalam kelompok Gen Y dan di antara manusia yang belum meninggalkan zaman bujang dek kerana belum menemui calon yang sesuai. Tetapi, aku kini sudah menjangkau usia 24 tahun. Satu usia yang boleh dikatakan sudah sampai kepada tempoh pra-matang. Dalam usia ini, seseorang itu telah memasuki dimensi baru di dalam kehidupan. Daripada cara pemikiran, sikap dan perilaku, sudut mental dan fizikal, psikologi dan emosi, dan soal urusan kehidupan seharian.

Wednesday, 7 March 2012

Bila Mahu Kahwin?

السلام عليكم ورحمة الله وبركة


Pernikahan itu suatu yang kompleks

Apabila memasuki tahun 2012, aku merasakan bahawa usiaku meningkat tahun demi tahun, kematangan diri meningkat melalui aspek pemikiran, rasional dan tindak balas, dan penyusunan jadual harian berubah daripada tidak efisyen kepada efisyen, produktif dan stabil. Namun, di dalam cermat menyusun hidup ini ada satu kekurangan iaitu menyempurnakan kewajipan 'separuh agama'. Aku sudah banyak kali memikirkan akan hal ini namun aku masih merasakan aku perlu membuktikan bahawa diri aku ini benar-benar bersedia dari segi fizikal dan mental, psikologi, tanggungjawab dan akhlak.

Tahun ini, usiaku memasuki 24 tahun. Satu usia yang sudah hampir mencecah kepada umur pra-matang yang ideal iaitu 25. Di usia inilah, kebanyakan lelaki akan banyak berubah dari segi sifat, sikap dan perilaku. Kalau dulu, mentah dan kurang terbuka dari segi pemikiran, sosiologi dan kehidupan sosial tetapi selepas memasuki umur di antara 24 hingga 25, maka mereka telah membuka dimensi baru di dalam arus kehidupan.