Ads 468x60px

Friday 18 November 2011

Agama Yang Disalah Erti


Agama Yang Disalah Erti
(Karya: Ikmal Johari)

Islam,
Agama yang disalah erti
Jurucakap agama ini
Menghukum tanpa soal selidik
Tetapi tidak memberi sebarang solusi
Menunjukkan kedangkalan mereka
Tatkala berbicara di hadapan masyarakat awam

Ingatlah...
Rasulullah itu tauladan umat sepanjang zaman
Tidak menghukum tanpa memberi solusi
Senantiasa ada jawapan
Kepada pihak yang memerlukan jawapan
Wahai pendakwah Islam
Jadilah pemudahcara agama
Bukannya penghukum agama
Kerana Islam itu agama yang mudah
Bukan agama memberatkan umatnya

Islam,
Agama ini disalah erti
Dikatakan inilah agama keganasan
Dengan sokongan dari media massa
Islam tidak akan disalah erti
Jika umatnya menunjukkan akhlak yang baik
Kepada mata dunia

Tapi...
Apabila akhlak yang buruk menjadi wajah Islam pada hari ini
Memalukan Islam seluruhnya
Memberi kesan yang negatif kepada seluruh dunia
Wahai orang Islam
Bangunlah dan berikanlah wajah Islam yang sebenar
Tonjolkan uswatun hasanah
Seperti mana yang diajarkan oleh Rasul junjungan
Agar umat mengikuti Islam yang sebenar
Agar Islam menjadi agama yang dipandang tinggi dan mulia

Sesungguhnya agama ini disalah erti
Kerana sikap buruk umatnya
Hakikatnya
Islam itu tinggi di sisi Tuhan
Melalui cara dan amalan Islam yang sebenar


Ikmal Johari
Kuala Lumpur, 18 November 2011

1 comments:

Anonymous said...

nice.. :)

Post a Comment