Ads 468x60px

Tuesday 29 November 2011

Kembali Berfutsal

السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Sesungguhnya aktiviti riadah paling diminati adalah bermain bolasepak. Namun, zaman kini ramai yang bertukar daripada bermain bolasepak kepada futsal. Aku juga antara yang mengikuti trend tersebut. Alhamdulillah, di atas nikmat Allah s.w.t. yang tidak terhingga ini aku kembali berfutsal setelah setahun lebih tidak bermain. Ini disebabkan kecederaan pada bahagian ligamen lutut yang dilalui sejak 23 Oktober 2010.

Pada game kali ini, aku memilih untuk bermain pada posisi penjaga berbanding sebelum ini bermain pada posisi penyerang. Bermain dengan tahap kecergasan 70%, aku masih yakin bahawa aku boleh bermain dalam game ini. Aku anggap game ini sebagai latihan untuk memperkuatkan lagi stamina, kekuatan fizikal dan mental dan juga kecergasan dalam permainan, serta menguatkan lagi otot-otot aku yang masih lemah. Dalam pada itu, game ini aku bermain dengan lebih berhati-hati daripada game pada 2010.


Aktiviti berfutsal ini berlangsung pada 27 November 2011 bertempat di Subang Sports Planet pada jam 11.00 malam. Bersama-sama dengan rakan-rakan al-fikrah.net, game pertama aku sejak 23 Oktober 2010 telah menjadi kenyataan. Bergerak ke Subang dari KL bersama ahchonx yang mengambil aku di Kampung Baru dari Bandar Tun Razak.

Permainan ini bermula pada 11.10 malam. Kami pula sampai lewat sedikit iaitu pada 11.35 malam. Sampai di padang nombor 6, rakan-rakan yang lain dah main dan ada dah yang nampak pancit kepenatan. Apabila kami masuk ke padang, bermula la permainan yang sebenar. Aku menjadi penjaga gol buat pertama kali dan berjaya menunjukkan bakat yang baik. Paling bagus, tidak rasa gentar untuk berhadapan dengan serangan pihak lawan ketika mereka hendak melakukan shot on goal. Pada ketika itu, aku berjaya melakukan beberapa block dan save.

Walaupun permainan belum sampai 30 minit, itu pun dah rasa macam pancit sikit. Buktinya setelah aku tukar posisi kepada posisi tengah. Pun begitu, aku lihat macam ada peningkatan mutu dan gaya persembahan permainan aku. Masa aku jadi penjaga gol, aku dah kekang beberapa serangan. Kemudian, gol kick dan long throw aku tepat kepada rakan sepasukan. Begitu juga ketika aku bermain di posisi tengah. Yang menariknya, apabila aku bertukar ke posisi tengah, aku berjaya menjaringkan tiga gol. Dua gol daripadanya adalah daripada sepakan jarak jauh. Satu lagi gol daripada style one touch football iaitu bermula dari kawasan sendiri sehinggalah ke depan gawang lawan.

Permainan berakhir dengan berkesudahan pasukan aku menang 10-9. Ini bukan permainan betul tapi cuma permainan ala-ala santai riadah saja. Harap ianya boleh menjadi turning point kepada mengeratkan lagi persahabatan dan ukhuwah sesama rakan-rakan futsal al-fikrah.net.


Bergambar dengan rakan-rakan al-fikrah.net selepas bermain futsal.


Ikmal Johari
Kuala Lumpur
30 November 2011/4 Muharram 1433H

0 comments:

Post a Comment