Ads 468x60px

Friday 25 November 2011

Fakta Yang Silap Pada Khutbah Jumaat 29 Zulhijjah

السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Pada 29 Zulhijjah 1432H yang hampir menemui penghujung tahun hijrah, aku telah hadir ke khutbah Jumaat di Madrasah Rajaiyah (Surau Jawa) di Kampung Baru. Surau ini tidak berapa jauh dari rumah aku. Pada kebiasaannya, aku hadir untuk solat Jumaat di Islamic Counselor, Jalan U-Thant. Tetapi, disebabkan cuaca yang terlalu panas menyebabkan aku tak larat untuk keluar ke sana sehingga aku hanya dapat hadir ke Madrasah Rajaiyah.

- Gambar Hiasan -
Rupanya ada hikmah mengapa Allah s.w.t. menakdirkan aku hadir khutbah Jumaat di Kampung Baru. Aku melihat adanya kesilapan fakta yang jelas dalam teks khutbah Jumaat pada penghujung Zulhijjah ini. Khutbah Jumaat bertajuk "Transformasi Hijrah". Teks khutbah Jumaat ini diterbitkan oleh JAWI. Maka, aku lihat kesilapan fakta yang jelas antaranya khutbah tersebut menyatakan peristiwa hijrah dikaitkan dengan tahun hijrah yang baru iaitu bulan Muharram.

Sesungguhnya di sini sudah nampak percanggahan yang amat jelas. Penghijrahan Nabi s.a.w dalam kembara dakwah menegakkan Islam bukan pada bulan Muharram. Kalau kita lihat pada kitab-kitab sirah yang jelas adalah pada bulan Rabiulawal bukan Muharram. Boleh dilihat bacaan rujukan di:


Kemudian, pada khutbah ini juga memperlihatkan aku kepada peranan khatib yang tidak memainkan peranan yang baik. Peranan khatib dalam membicara khutbah ini juga mengganggu konsentrasi ketika mendengar dan memahami isi kandungan khutbah. Dengan keadaan beliau hanya membaca dan tidak memahami isi kandungan. Malah, ditambah pula dengan bacaan teks khutbah beliau tersekat-sekat.

Sesungguhnya, khutbah Jumaat adalah waktu terbaik dalam memberikan faedah kepada ummah kerana yang hadir adalah jumlah yang besar. Jika khatib tidak membuat persediaan awal dalam memberikan khutbah dan ditambah pula bacaan teks khutbahnya tersekat-sekat, apakah masyarakat awam yang hadir di saat ini dapat menerima iktibar yang bermanfaat?

Maka, kesimpulan yang mudah boleh diulas adalah teks khutbah ini perlu diubah. Kalau hendak membawa kisah peristiwa hijrah, bawakanlah. Tetapi jangan dikaitkan dengan bulan Muharram. Ini kerana ianya telah menjejaskan kesahihan fakta sirah. Peranan khatib sewajarnya membuat persediaan yang rapi sebelum memberikan khutbah. Janganlah sehingga apabila hendak memberikan khutbah, pada waktu itu terkial-kial hendak membaca teks khutbah.


Wallahu'alam.

Ikmal Johari
Kuala Lumpur
25 November 2011/29 Zulhijjah 1432H

0 comments:

Post a Comment