Ads 468x60px

Tuesday, 13 March 2012

Gen Y Bujang Semakin Pupus

السلام عليكم ورحمة الله وبركة


Gen Y ini adalah mereka yang lahir di antara tahun 80-an hingga lewat 90-an. Kehidupan yang alami di era itu sangat berbeza dengan zaman sekarang. Pada ketika itu, teknologi belum memuncak seperti sekarang. Kini, kebanyakan mereka yang berada di dalam Gen Y bukan lagi bermain di tepi-tepi jalan bahkan mereka sekarang kebanyakannya adalah golongan profesional. Yang lebih menarik, sudah pun bergelar suami dan juga ada yang sudah bergelar seorang bapa.

Oleh kerana zaman berlalu begitu pantas, kita dapati Gen Y semakin ramai yang meninggalkan zaman bujang mereka. Aku di antara manusia yang hidup di dalam kelompok Gen Y dan di antara manusia yang belum meninggalkan zaman bujang dek kerana belum menemui calon yang sesuai. Tetapi, aku kini sudah menjangkau usia 24 tahun. Satu usia yang boleh dikatakan sudah sampai kepada tempoh pra-matang. Dalam usia ini, seseorang itu telah memasuki dimensi baru di dalam kehidupan. Daripada cara pemikiran, sikap dan perilaku, sudut mental dan fizikal, psikologi dan emosi, dan soal urusan kehidupan seharian.

Tatkala rakan-rakanku ramai yang telah selamat mendirikan rumahtangga, aku melihat ia sebagai suatu perkara yang baik bagi mereka kerana telah berjaya membina sunnatullah dan juga telah menyempurnakan separuh agama. Ketika ini, aku belum rasa 'terancam' kerana ada juga sebahagian yang lain yang belum lagi mendirikan rumahtangga. Tetapi di penghujung tahun 2011 dan tahun 2012, aku merasa sedikit terancam apabila ramai di kalangan rakan-rakan yang karib dengan aku selamat mendirikan rumahtangga. Maka, bertambahlah kesunyian pada diriku sebab mereka tidak dapat untuk selalu bersama denganku kerana lebih mengutamakan keluarga yang baru dibina.

Tapi, apabila mendapati rakan karibku yang mendirikan rumahtangga pada pertengahan 2011 telah pun mendapat cahaya mata yang merupakan bakal pejuang, aku merasai bahawa Gen Y semakin pupus. Dengan usia yang di dalam pra-matang iaitu 24 tahun adalah sangat wajar untuk mengambil tindakan yang serius terhadap isu perkahwinan.

Oleh yang demikian, mulai saat ini aku akan berusaha dengan gigih memantapkan diri aku untuk kebaikan diri, keluarga dan agama dalam memperolehi bakal isteri yang aku idamkan. Moga anda semua doakan kemudahan urusanku ini.


Ikmal Johari
Kuala Lumpur
13 Mac 2012/19 Rabiulakhir 1433H

2 comments:

Abu_Zubair said...

ana 28 dah umur ... termasuk dlm gen Y yg diancam kepupusan jugak :)

Ikmal Johari said...

Begitulah..kira-kira..hahaha!

Post a Comment