Ads 468x60px

Sunday 4 March 2012

Ujian Yang Mencabar

السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Sudah dua bulan aku bekerja dengan syarikat YTL namun aku mula merasai bahawa aku sudah luntur jiwa dan raga dalam menggalas tugas dan tanggungjawab dalam syarikat. Ini kerana pada awalnya lebih kepada bahagian teknikal yang mana merupakan minat aku. Menjadi installer, memasang YES Zoom 4G kepada setiap sekolah. Kemudian, dengan tidak semena-menanya aku disuruh pula untuk bekerja sebagai supervisor bagi memantau kerja pemasangan yang dilakukan vendor yang menjadi installer untuk projek ini.

Sungguh aku merasa tidak selesa di atas perkara ini. Ianya bertambah tertekan apabila meminta ke site di luar KL dan Selangor pada setiap bulan sehingga projek habis dengan keadaan belum mempunyai kereta sendiri. Apakah akan terjadi kiranya aku berada di luar sana tanpa kenderaan sendiri? Di mana kebajikan terhadap pekerja dengan gaji pun belum masuk lagi?!



- Gambar Hiasan-

Dengan keadaan tidak mempunyai kenderaan, dipaksa juga aku keluar. Aku terkapai-kapai di negeri orang. Naik bas atau teksi bukan suatu yang mudah tatkala berada di negeri orang kerana aku tidak biasa berada di negeri orang.

Aku diberi tugasan untuk mengendali vendor yang melakukan pemasangan YES Zoom 4G di sekolah-sekolah yang terbabit di dalam projek ini. Minggu yang lalu aku di Melaka dan kemudiannya minggu ini dipindahkan pula ke Perak. Agak kelam kabut aku dibuatnya. Namun, aku perlu menggigihkan diri sebelum menamatkan pekerjaan ini dengan memilih pekerjaan lain yang sesuai. Dengan menyerahkan segala urusan 100% kepada Allah s.w.t., insya allah akan dapat dipermudahkan perkara yang disulitkan itu. Kerana setiap yang sulit akan berakhir dengan kesenangan. Innamal 'usri yusra.

Sesungguhnya, aku hanya berharap kepada Allah agar memberikan jalan penyelesaian di atas urusan yang disulitkan ini. Cukuplah dengan kerja yang membebankan iaitu duduk di negeri orang dengan tiada kenderaan kemudian hendak menuju ke destinasi yang aku tak tahu lokasinya berada di mana.

Allahu musta'an. Ya Allah berikanlah pertolongan terhadap urusan hamba-Mu ini.


Ikmal Johari
Ipoh, Perak
4 Mac 2012/10 Rabiulakhir 1433H

2 comments:

Abu_Zubair said...

semoga Allah mempermudahkan urusan anta ya akhi...
dan jika enta perlu jalan keluar, semoga Allah tunjukkan jalan tersebut

Ikmal said...

Jazakallahu khairan atas sokongan.

Dan mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan ini.

Post a Comment