Pilihan Itu
(Karya: Ikmal Johari)
Manusia
Kadangkala sukar untuk membuat pilihan
Yang bakal menentukan urusan kehidupannya
Tika ini
Musyawarah dan istikharah
Kunci dalam menentukan pilihan
Sama ada ia baik atau sebaliknya
Musyawarahlah dengan hikmah dan bijaksana
Lakukanlah istikharah dengan keyakinan yang tinggi
Tawakkal kepada Allah sebagai jalan terakhir
Dalam memilih pilihan yang terbaik
Tetapi ingatlah
Bola itu bulat
Ia tidak boleh dibelah dua
Pilihan yang dibuat
Apabila sudah bulat dan tekad
Jangan diragui
Kerana apabila pilihan itu telah muktamad
Itulah pilihan yang muktamad
Ikmal Johari
Kuala Lumpur, 18 November 2011
0 comments:
Post a Comment