Impianku Tetap Teguh
(Karya: Ikmal Johari)
Impianku,
Tinggi seperti gunung
Impian yang dirancang
Takkan berganjak walau sedikit
Tetap teguh
Impianku,
Mendambakan kembara dakwah merentasi sempadan
Bukan hanya di sekitar masjid dan pusat pengajian
Pentas masyarakat terbuka luas
Untuk dakwah dikembangkan
Agar dakwah Islam sampai ke seluruh umat
Impianku,
Dakwah jangan hanya kepada orang Islam
Kerana dakwah itu untuk seluruh umat
Harungilah kembara dakwah ini hingga ke masyarakat bukan Islam
Kerana Islam ini untuk seluruh umat


