Ads 468x60px

Saturday 12 March 2011

Kecederaan Di Bahagian Ligamen Lutut

السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Saya ditimpa kecederaan di ligemen lutut pada hari sabtu bersamaan dengan 23 Oktober. Pada malam tersebut adalah aktiviti kebiasaan saya dengan rakan seperjuangan untuk aktiviti futsal. Ditakdirkan pada tersebut tidak mendapat gelanggang yang tertutup seperti kebiasaan kami bermain di Ampang Sports Planet atau Subang Sports Planet. Namun, malam itu kami bermain di Taman Tasik Keramat. Gelanggang futsal yang terbuka tambahan pula hujan telah membasahi bumi di sebelah petang. Malam tersebut bermain pada gelanggang yang basah dan juga licin.

Pada mulanya bermain dengan penuh berhati-hati kerana tapak permukaan yang bersimen dan licin serta basah. Kemudian,  beberapa ketika adegan merebut bola, dribble, sprint, tackling dan shooting range menyebabkan 'terleka' terhadap bahaya gelanggang tersebut.

Kecederaan didapati ketika merebut bola di kawasan tengah (best position shooting range) selepas menggelecek tiga pemain di mana ketika itu ingin menguis bola ke depan sedikit dan rembat tetapi diterjah daripada arah belakang oleh pemain lawan dan keadaan gelanggang yang licin akibat basah menyebabkan saya terjatuh. Dalam masa yang sama, orang sekeliling pun nak rebut bola juga. Tapi masa tu, masih OK dan boleh bangun nak bergerak laju serta pantas.

Kesan cedera rasa apabila sesi makan bersama rakan-rakan. Duduk makan roti naan cheese tiba-tiba rasa knee pain. Apabila selesai makan, bangun nak beredar baru rasa sakit yang amat sangat. Ada rakan tanya OK ke, aku kata OK..takde apa-apa. Konon OK la..Alih-alih terus pain sungguh. Jalan terhincut-hincut juga masa nak balik tu.

Sejurus selepas hari kejadian, isnin saya pergi klinik dan doktor kata tak ada apa-apa sangat. Dia bagi ubat. Hari rabu aku pergi kerja naik motor, masa tu memang perit yang amat. Sakit sangat bila berjalan tu. Kesannya aku rasa apabila tunggang motor. Sebelum ni, lutut kiri aje yang sakit, kini lutut kanan pun terasa. Maka, hari khamis saya ambil half day dan pergi ke HKL. Saya kena check dengan doktor terhadap kecederaan saya. Mula-mula check macam mana boleh cedera kemudian tengok bahagian yang cedera dan diperiksa dengan membuat drawer test. Kemudian, saya dibawa ke pemeriksaan X-Ray dan didapati tidak ada apa-apa. Lepas tu, doktor suruh saya buat temujanji di bahagian ortopedik hari jumaat. Hari jumaat saya hadir buat temujanji dan disahkan temujanji tersebut pada isnin jam 9.00 pagi.

Saya datang pada hari tersebut tanpa kenderaan hanya berjalan kaki dari rumah yang tidak begitu jauh dari hospital. Saya datang dah penuh. Bagi surat susulan ke ortopedik di kaunter pendaftaran, jururawat tersebut suruh saya duduk dulu. Huh, jenguh juga menunggu nama dipanggil. Alih-alih sampai terlelap juga. Lepas tu, pukul 10.30 ke atas baru dipanggil. Lepas tu, saya diberi kad pesakit dan IC saya dan tunggu nombor giliran.

Sampai giliran, saya masuk ke bilik no 14 kira-kira dalam pukul 11.00 lebih. Doktor yang bertugas perempuan cina. Macam-macam ditanya dan diperiksa. Setelah habis penelitian beliau, maka beliau kata ada masalah pada bahagian ligament. Nasihat doktor ialah rehat sungguh-sungguh pada satu minggu dan kemudian datang semula untuk pemeriksaan lanjutan pada 6 minggu akan datang. Saya diberikan cuti sakit selama seminggu untuk proses baikpulih daripada kesakitan yang dialami itu.

Selesai pemeriksaan pergi ambil ubat. Diberi ubat tahan sakit, ubat gastrik dan ubat sapu. Lepas tu, dipanggil oleh jururawat dan beliau beri MC seminggu dan suruh buat temujanji untuk fisioterapi dan temujanji susulan pemeriksaan.

Temujanji untuk fisioterapi adalah pada 22 November 2010 untuk pemeriksaan ligament. Temujanji susulan pemeriksaan adalah pada 13 Disember 2010. Maka, sekarang ini saya bersabar dan teguh untuk menghadapi ujian-ujian selepas ini. Inilah kali pertama kena major injury yang bagi saya amat berat untuk saya hadapi. Walau bagaimanapun, saya perlu tabah dan teguh untuk menghadapinya. Ini mungkin takdir Allah SWT terhadap apa yang saya lakukan selama ini di bumi-Nya. Inilah kaffarah!


Wallahu'alam.

Ikmal Bin Johari
Kampung Baru, Kuala Lumpur
2 November 2010/ 24 Zulkaedah 1431H

* Penulisan yang dipindahkan daripada Tajdid Dakwah

1 comments:

Wan Abd Muhaimin Bin Wan Saifulbahri said...

Syafakallah akhi. Moga Allah permudahkan urusan enta.

Post a Comment