Ads 468x60px

Saturday 12 March 2011

Pengalaman Kursus FCR (Perbandingan Agama)

السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Alhamdulillah. dua hari yang lalu saya telah mengisi kelapangan masa dengan mengikuti program mengenai perbandingan agama yang diadakan di Islamic Information Services Foundation (IIS) di Taman Setiawangsa. IIS ini merupakan NGO di bawah syarikat Saba Islamic Media Sdn. Bhd. yang mana objektif mereka adalah menjalankan kegiatan dakwah kepada seluruh umat manusia sekalipun mereka itu non-muslim.

Friendly Comparative Religion (FCR) yang diadakan pada sabtu dan ahad lepas bertujuan untuk mendedahkan dan mengupaskan isu mengenai prinsip aqidah umat Islam, prinsip agama bukan Islam tentang cara non-muslim menganuti agama mereka, pegangan aqidah, ajaran dan amalan agama mereka.


Sepanjang kursus yang saya hadiri ini, saya dapati banyak perkara yang tidak tahu diketahui pada kursus FCR ini. Kursus FCR ini ada 4 fasa. Fasa 1 saya sertai ini skopnya hanya difokuskan kepada pendedahan agama non-muslim yang general tetapi belum lagi sampai ke peringkat kepada lebih mendalam. Pada FCR 1, saya menemui ilmu baru mengenai agama-agama selain Islam iaitu Kristian, Buddhism dan Hindu.

Di dalam kepercayaan agama Kristian, banyak penyelewengan yang berlaku. Di antara penyelewengan yang paling mahsyur ialah dosa warisan. Kata penganutnya, Nabi Isa a.s. a.k.a. Jesus Christ mati disalib adalah untuk tebus dosa Nabi Adam di bumi. Maka, apabila Nabi Isa telah mati disalib maka segala dosa telah pun ditebus dan sesiapa yang dilahirkan dalam keadaan Kristian maka pasti dimasukkan ke dalam syurga kerana dosa mereka telah ditebus oleh nabi Isa. Mereka ini bukanlah penganut asal ajaran Kristian dan juga bukan mengikut ajaran nabi Isa. Kerana pengasas sebenar ajaran Kristian ini adalah Paul iaitu seorang yahudi yang mana beliau ini seorang yang dengki akan ajaran nabi Isa lalu konon-kononnya beliau telah mendapat hidayah untuk masuk ajaran nabi Isa.

Pada mulanya, pengikut nabi Isa tidak percaya akan Paul ini. Namun, setelah beberapa ketika mereka merestuinya. Apabila sudah lama berada di dalam kelompok pengikut nabi Isa, Paul akhirnya menggunakan racunnya iaitu memutarbelitkan ajaran nabi Isa. Racun beliau adalah menyatakan bahawa Jesus Christ (nabi Isa) itu son of god, father of god and holy spirit dan mengenai dosa warisan. Namun, usaha beliau tidak berjaya. Bahkan beliau diusir. Beliau cuba dia Greek dan Rome dan ianya nampak berhasil dan bermulalah ajaran Kristian yang diasaskan oleh Paul. Bible sekarang bukanlah Injil kerana Injil adalah kitab suci tetapi bible adalah kitab yang telah diputarbelit dan ditokok tambah oleh pihak gereja. Itu di antara contoh penyelewengan mengenai ajaran Kristian dan sebenarnya banyak lagi yang boleh kita ketahui sendiri melalui bahan bacaan yang diterbitkan oleh Saba Islamic Media.

Ajaran Buddhism; terbahagi kepada Budhha, Tao dan Confusion. Kalau diikutkan secara umum, agama mereka tiada unsur keagamaan pun. Ianya lebih kepada spirtual, budaya, sosial, falsafah dan akhlak. Dalam konteks ini, masyarakat cina kalau dilihat memang amat berpegang kepada kepercayaan budaya mereka dan tak mustahil mereka memang percaya benda 'pelik' seperti nombor 13 dan sebagainya. Tiada apa sangat untuk diperbahaskan.

Ajaran Hindu bagi saya ianya agak memeningkan ketika saya sertai kursus ini namun yang ketahui itu sahaja yang saya simpulkan di sini. Tuhan mereka yang utama adalah tiga: Brahma (maha pencipta), Vishnu (yang mentadbir) dan Shiva (pemusnah). Ajaran mereka kalau dilihat ada persamaan dengan Kristian iaitu konsep trinity. Walaubagaimanapun, tuhan utama mereka ini ada isteri dan anak serta ada juga tuhan-tuhan yang lain. Tetapi, yang pastinya saya dapati bahawa ajaran yang terdapat dalam kitab mereka juga diselewengkan sepertimana Injil yang telah diselewengkan oleh pihak Kristian.

Tidak mungkin Tuhan boleh ada banyak sedangkan nakhoda kapal pun ada satu. Jika misalan ada dua nakhoda kapal, maka pasti ada yang dipertikaikan antara satu sama lain, inikan pula jika Tuhan ada lebih daripada satu. Surah Al-Ikhlas menjadi hujjah kuat kepada para penentang Islam mengenai aqidah terhadap Tuhan:


قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.

اللَّهُ الصَّمَدُ

Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Semoga dengan sedikit pedoman daripada rentetan kursus yang telah saya sertai ini pada minggu lepas dapat menjadi pengajaran kepada semua insya allah. Jika ada info yang kurang atau silap beritahulah. Setiap manusia pasti ada khilafnya tersendiri.


Wallahu'alam.

Ikmal Johari
Kuala Lumpur
6 September 2009/15 Ramadhan 1430H

* Penulisan yang dipindahkan daripada Tajdid Dakwah

0 comments:

Post a Comment