Ads 468x60px

Saturday 12 March 2011

Satu Hari Yang Mengejutkan

السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Pada hari Isnin bersamaan dengan 21 Februari 2011 adalah hari dalam sejarah yang takkan saya lupakan. Pada hari kejadian ini saya ditimpa kemalangan yang boleh dikatakan agak ngeri. Pada awal pagi hari Isnin, motorsikal aku ada sedikit masalah iaitu enjin tidak boleh dihidupkan. Lalu, saya ke bengkel motorsikal dan didapati spark plug motorsikal sudah menjadi hitam. Maka, ditukar kepada yang baru.

Selepas selesai perkara yang sedikit masalah ini, seperti biasa saya ke Ampang untuk bekerja. Pada hari Isnin ini juga saya perlu ke HQ di Kelana Jaya untuk menghantar claim OT untuk kemasukan pada gaji bulan depan. 

Bermulalah kisah tragis ini...Jeng Jeng Jeng

Perjalanan daripada Ampang ke Kelana Jaya memakan masa yang agak lama dan perjalanannya boleh tahan jauh. Saya pula bawa motorsikal dan cuaca tersangatlah panas terik dan menyilau semasa menunggang motorsikal. Saya bergerak daripada Ampang dalam 3.20 petang. Melalui jalan ke Petaling Jaya untuk ke Kelana Jaya. Cuaca panas melegak amat merisaukan saya dan tubuh badan saya terasa keletihan dan sangat mengantuk. Maka, saya ambil keputusan untuk berehat seketika di Tol Awan Besar.

Ketika berehat, saya basuh muka sehabis-habisnya. Minum Milo dan makan Kit Kat untuk berehat seketika. Dah cukup rehat jalan semula. Saya ambil jalan ke Kelana Jaya melalui jalan yang menghala ke Petaling Jaya. Semasa perjalanan di atas lebuhraya, terasa sekali lagi keletihan dan mengantuk yang amat dahsyat. Ketika menunggang ada juga tertoleh kiri untuk mencari tempat berehat tetapi tiada. Saya tunggang dengan sangat berhati-hati, berada di tepi kiri jalan dan tidak terlalu laju serta tidak terlalu perlahan.

Apabila tidak dapat menahan daripada mengantuk, apakah yang akan terjadi? Anda jawab sendiri. 

Saat paling teruk tiba apabila lagi 1km hendak sampai di Plaza Tol Subang. Di selekoh lebuhraya itu, saya terlelap disebabkan oleh cuaca pada hari itu yang sangat panas terik dan menyilau sehingga badan saya keletihan dan mengantuk sangat. Daripada itu, saya telah terlelap tanpa sedar. Apabila saya sedar, tiba-tiba motor yang saya tunggang hampir berada di lubang tepi selekoh lebuhraya. Lantas saya cuba elak daripada lubang itu.

Namun, ianya lebih parah apabila saya mengelakkan lubang itu menyebabkan motorsikal saya hilang kawalan dan terjatuh ke kanan. Ini menyebabkan saya jatuh dengan ngeri dan bergolek-golek umpama nangka busuk jatuh daripada pokok. Sehingga saya sedar kedua-dua tapak tangan saya melekat di atas jalan tar dan kaki saya tersepit bawah ekzos dan tayar belakang motorsikal.

Kemudian, saya cuba bangun daripada keadaan yang tidak dapat dikawal itu. Syukur kepada Allah SWT kerana ketika terjatuh tiada kenderaan yang lalu di situ. Apabila saya bangun, saya sedari ada teksi berhenti dan memberi pertolongan sedikit seperti memberi air botol mineral kepada saya dan menyuruh saya rehat sebentar. Apabila keadaan sudah OK baru bergerak ke Kelana Jaya.

Beginilah keadaan tangan saya setelah cedera di atas lebuhraya.


Inilah mangsa kejadian..Iaitu motorsikal saya, Kriss 100. Tapi yang ini sudah baiki. Itu yang nampak cantik.


Mungkin sudah takdir Allah SWT untuk menguji saya ujian seperti ini. Sebelum ini, kecederaan pada lutut dan kemalangan dilanggar kereta Saga BLM.

Teringat pula saya akan firman Allah SWT di dalam Surah al-Ankabut ayat 2 hingga 3 mengenai ujian yang Allah SWT berikan kepada hamba-Nya:


أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ}2{وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ}3{


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Dan mengenai kafarah dosa daripada hadis riwayat al-Bukhari:

دخلت على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو يوعك وعكا شديدا ، فمسسته بيدي فقلت : يا رسول الله ، إنك لتوعك وعكا شديدا ؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( أجل ، إني أوعك كما يوعك رجلان منكم ) . فقلت : ذلك أن لك أجرين ؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( أجل ) . ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ما من مسلم يصيبه أذى ، مرض فما سواه ، إلا حط الله له سيئآته ، كما تحط الشجرة ورقها ) . الراوي: عبدالله بن مسعود المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - لصفحة أو الرقم: 5660 خلاصة حكم المحدث: [صحيح]

Dari Abdullah ibn Mas'ud: 
Aku masuk menemui Rasulullah s.a.w pada ketika baginda sedang demam yang amat sangat, lalu aku menyentuh baginda dengan tanganku lalu aku berkata: Ya Rasulallah, apakah engkau demam yang amat sangat? 
Rasulullah berkata: Ya, aku demam sebagaimana dua orang demam. 
Aku berkata: Jadi dengan itu engkau diberi dua ganjaran? 
Rasulullah berkata: Ya. 
Lalu baginda s.a.w berkata: Tidaklah ditimpa seorang muslim itu oleh keperitan, kesakitan dan apa yang menyamainya, melainkan Allah menggugurkan baginya kesalahan-kesalahannya, sebagaimana gugurnya daun pokok (dari pokoknya). 
Riwayat Al-Bukhari.


Wallahu'alam.

Ikmal Johari
Kampung Baru, Kuala Lumpur
23 Februari 2011/20 Rabiulawal 1432H

* Penulisan yang dipindahkan daripada Tajdid Dakwah

0 comments:

Post a Comment