Ads 468x60px

Friday 25 March 2011

Seminggu Berbasikal

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah, akhirnya impian untuk memiliki sebuah basikal menjadi kenyataan. Dan tak dinafikan ianya sebuah basikal yang agak sederhana besar menurut kaca mata saya. Sebuah basikal jenis MTB, brand Torque. Saya beli di Carrefour Wangsa Maju dengan harga RM491.


Saya memulakan kayuhan tidak rasmi pada malam hari isnin. Basikal sampai di rumah pada jam 7.00 malam. Saya pada hari tersebut balik lewat sebab ada kerja lebih. Kira-kira pukul 10.00 malam baru balik. Lepas tu, baru cuba tunggang. Perlahan-lahan saya bawa dan untuk permulaan ianya nampak agak kekok yalah dah berapa tahun tak tunggang!

Hari selasa pukul 9.00 pagi saya ada temujanji fisioterapi di HKL. Pada waktu itu hujan membasahi bumi. Pada keadaan tersebut juga saya merasmikan tunggangan basikal saya ke HKL. Betapa beraninya saya melakukan perkara yang tak pernah dilakukan namun ianya alhamdulillah berjaya. Dengan berbekalkan baju hujan Givi serta topi Nike, saya redah dengan basikal ini. Mula-mula tunggang memang susah dan meletihkan tapi lama-lama OK la nanti.

Selesai fisioterapi dalam sekitar pukul 11.00 pagi. Kemudian, saya pergi makan dan balik rumah untuk siap ke kerja di Ampang. Saya kayuh basikal ke stesen LRT Putra Kg Baru. Di sana, saya parkir di tempat yang disediakan. Lepas tu, saya dari stesen Kg Baru ke stesen Masjid Jamek dan tukar LRT Star Masjid Jamek ke LRT Star Ampang. saya kerja di Ampang sebagai teknikal CCTV untuk RapidKL.

Pulang ke rumah saya menaiki LRT Star Ampang ke LRT Star Masjid Jamek dan tukar ke LRT Putra Masjid Jamek ke LRT Putra Kg Baru. Sampai di stesen saya kayuh basikal sampai ke rumah. Untuk permulaan memang terasa sakitnya punggung saya duduk atas saddle basikal ni. Tapi lama-lama nanti OK la.


Wajah ceria ketika hendak berbasikal di petang hari

Setelah hari pertama menunggang basikal berlalu, hari demi hari berlalu dan saya masih mengayuh basikal untuk ke kerja. Saya merasakan keadaan ketika mengayuh basikal sudah sedikit stabil berbanding sebelumnya. Dan kesakitan di punggung saya ketika duduk di atas saddle sambil menunggang basikal sudah berkurangan. Apapun, saya merasakan kepuasan ketika mengayuh basikal. Ini pun antara cara untuk aktif bersukan setelah lama tidak bersukan akibat kecederaan di bahagian lutut ligamen.

Bersukan dan bersenam merupakan salah satu cara yang terbaik untuk memberikan kekuatan pada otot-otot badan kita. Ini bagi menjamin keadaan badan kita pada masa tua kelak. Kita tidak akan tahu apa akan terjadi pada otot-otot kita di masa tua. Maka, janganlah meninggalkan aktiviti bersukan dan bersenam sama sekali. Ini agar membiarkan otot-otot badan kita kuat di masa tua kelak.


Ikmal Johari
Kuala Lumpur
25 Mac 2011/20 Rabiul Akhir 1432H

0 comments:

Post a Comment