Ads 468x60px

Sunday 27 March 2011

Kecederaan Lutut & Pemeriksaan MRI

السلام عليكم ورحمة الله وبركة

Pada 29 Mac 2011 ini, saya akan menghadapi pemeriksaan MRI berkaitan dengan kecederaan pada bahagian lutut ligamen saya yang telah saya hadapi pada Oktober 2010 yang lalu. Sudah lima bulan saya mengalami kecederaan pada bahagian lutut ligamen di kedua-dua belah. Pada awal kecederaan, saya memasuki Hospital Kuala Lumpur di bahagian Jabatan Kecemasan. Saya sungguh hairan melihat sikap doktor yang ditugaskan untuk melihat kecederaan aku. Doktor tersebut mengatakan bahawa kecederaan pada lutut saya tidak ada apa-apa. Ini diyakinkan lagi dengan keputusan x-ray. Jika seandainya tidak apa-apa, masakan saya tidak dapat berjalan, berdiri, berlari dan duduk sama seperti orang lain? Kemudian, beliau memutuskan untuk memasukkan saya ke jabatan ortopedik.

Setelah saya dimasukkan ke jabatan ortopaedik, di sana saya membuat temujanji untuk pemeriksaan lutut ligamen saya. Di sana, berkali-kali aku datang untuk buat pemeriksaan pada lutut saya. Belum dapat ketahui apakah yang sebenarnya berlaku pada lutut saya ini. Sampai ke satu temujanji ini bahawa doktor yang ditugaskan mengatakan bahawa kecederaan saya ini agak serius sedikit. Beliau memberitahu saya bahawa kedua-dua belah lutut saya mengalami urat koyak. Dan kes ini perlu dibawa kepada pakar doktor dalam bahagian sukan kerana mereka lebih arif tentang hal ini dan juga lebih mendalam tentang skop kecederaan yang saya hadapi.

Maka, pada pertemuan saya dengan pakar doktor dalam bahagian sukan berlaku pada masa yang agak lama. Saya selesai temujanji saya pada hari tersebut pada 1.00 petang yang kebiasaannya berakhir sebelum waktu tengahari. Pemeriksaan pakar doktor tersebut dilakukan dengan menyuruh saya baring dan buat pemeriksaan pada lutut saya dengan begitu teliti. Setelah diperiksa dengan sebaiknya, memang sah kedua-dua belah lutut saya urat koyak. Di bahagian kanan adalah di bahagian tepi dan manakala di bahagian kiri adalah di bahagian tengah. Doktor menyuruh saya melakukan pemeriksaan MRI untuk lanjutan kes saya ini. Katanya, besar kemungkinan lutut saya bakal dibedah.

Gambar Hiasan

Maka, pada Selasa ini bersamaan dengan 29 Mac 2011 saya bakal dimasukkan ke dalam Jabatan Radiologi untuk pemeriksaan MRI. Ini merupakan kes lanjutan saya dan berharap pemeriksaan MRI ini bakal menunjukkan keputusan selanjutnya apakah sebenarnya yang lutut saya ini bakal hadapi. Adakah benar lutut saya bakal dibedah atau tidak.

Kalau dilihat pada rawatan fisioterapi yang kebiasaan saya ikuti, nampak seperti tidak begitu ketara perubahan terhadap lutut saya. Masih berada di tahap yang lebih kurang sama seperti sebelumnya walaupun dilihat dapat berjalan, berdiri dan duduk dengan baik sedikit berbanding sebelumnya.

Semoga pemeriksaan MRI di Jabatan Radiologi, Hospital Kuala Lumpur pada Selasa ini memberi petunjuk kepada apa yang bakal berlaku kepada lutut saya. Amin.


Ikmal Johari
Kuala Lumpur
27 Mac 2011/22 Rabiul Akhir 1432H

1 comments:

Kak Ma said...

salam,bagaimana keadaan skrg?
saya cdgkan jika masih blm pulih sepenuhnya
ke HUSM bertemu dr nizar abdul jalil

Post a Comment